Sesiapa yang menjaga kejahatan lidah, perut dan kemaluan

TEKS BAHASA ARAB

من وقي شر لقلقه وقبقبه وذبذبه فقد وقي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjaga kejahatan lidah, perut dan kemaluan, maka dia telah terpelihara.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 95, hadis nombor 457. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

جاء عن أبي رجاء العطاردي، قال: كان يقال: إذا وقي الرجل شر لقلقه… إلى آخره، لكن في حديث أبي هريرة: من وقاه الله شر ما بين لحييه وشر ما بين رجليه دخل الجنة.

Diriwayatkan daripada Abu Raja' al-'Utaridi, katanya: Selalu dikatakan: “Apabila seseorang itu menjaga kejahatan lidah…”, namun dalam hadith Abu Hurairah: “Sesiapa yang Allah peliharanya terhadap kejahatan mulutnya dan kemaluannya, dia pasti masuk syurga”

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs