Ulangilah lidah-lidah kamu dengan (menyebutkan) kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

عودوا ألسنتكم خيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ulangilah lidah-lidah kamu dengan (menyebutkan) kebaikan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 61 – 62, hadis nombor 250. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الجد: لا أعرفه بهذا اللفظ في المرفوع، وقد قيل قديما: عود لسانك قول الصدق وأرض به إن اللسان لما عودت معتادُ.
وعن مالك بن أنس قال: مر بعيسى – عليه السلام – خنزير فقال: مر بسلام فقيل له: يا روح الله لهذا الخنزير تقول، قال: أكره أن أعود لساني الشر، وفي الحديث: (واخزن لسانك إلا من خير).

Al-Jad berkata: “Saya tidak mengetahui hadith marfu' dengan lafaz seperti ini”, dan telah disebutkan dahulu: “Ulangilah lidahmu dengan berkata benar dan redalah dengannya, sesungguhnya lidah itu akan menjadi biasa terhadap perkara yang diulangi”.
Juga daripada Malik bin Anas, katanya: Seekor khinzir berjalan melintasi 'Isa AS, lalu 'Isa berkata: “Lalulah dengan selamat”, lalu dikatakan kepada beliau: “Wahai Ruh Allah! Anda mengatakan kepada khinzir ini?”, jawab 'Isa: “Aku tidak suka lidahku mengulangi kata-kata buruk”, juga dalam hadith: “Jagalah lidah kamu kecuali terhadap perkara yang baik”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs