Permusuhan berlaku pada ahli keluarga dan hasad pula berlaku pada jiran

TEKS BAHASA ARAB

العداوة في الأهل والحسد في الجيران.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Permusuhan berlaku pada ahli keluarga dan hasad pula berlaku pada jiran.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 59, hadis nombor 232. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث وإنما هو من كلام بشر لكن بلفظ: العداوة في القرابة، وفي معناه حديث أبي موسى: (صلوا قراباتكم ولا تجاورهم فإن الجوار يورث بينكم الضغائن)، وعن يحيى بن اليمان قال: قال رجل لسفيان الثوري: إني أحبك قال: كيف لا تحبني ولست بابن عمي ولا جاري ومن هنا اشتهر على الألسنة تباعدوا تحابوا.

Ia bukan hadith, Ia hanyalah berasal daripada ucapan Bishr, namun dengan lafaz: “Permusuhan berlaku pada kaum kerabat”, dari sudut makna pula sama seperti hadith Abi Musa: “Hubungkanlah ikatan dalam kalangan kaum kerabat kamu dan jangan kamu biarkan mereka, kerana membiarkan boleh menyebabkan kebencian sesama kamu”. Juga daripada Yahya bin al-Yaman, katanya: Seorang lelaki pernah berkata kepada Sufyan al-Thawri: “Sesungguhnya saya menyukai awak”, Sufyan menjawab: “Bagaimana boleh kamu tidak menyukaiku sedangkan kamu bukanlah anak saudaraku dan bukan juga jiranku”. Dari sini masyhur pada lidah-lidah orang ramai: “Saling berjauhanlah, kamu akan saling mencintai”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs