TEKS BAHASA ARAB
علامة الإذن التيسير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tanda keizinan adalah dipermudahkan urusan.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 60, hadis nombor 242. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
لا يعرف في المرفوع وكذلك ما يدور على الألسنة إذا أراد الله أمرا هيأ أسبابه نعم من دعائه صلى الله عليه وسلم: اللهم الطف بي في تيسير كل عسير فإن تيسير كل عسير عليك يسير وأسألك التيسير والمعافاة في الدنيا والآخرة.
Tidak diketahui dalam riwayat yang marfu'. Demikian juga yang berlegar-legar pada lidah orang ramai: “Apabila Allah menginginkan suatu perkara, Dia mempermudahkan sebab-sebabnya”. Ya, turut diriwayatkan melalui doa Baginda SAW: “Ya Allah! Lemah lembutlah terhadapku dengan mempermudahkan setiap urusan yang sukar kerana tugas mempermudahkan setiap urusan yang sukar adalah tugasMu dan aku meminta kepadaMu kemudahan dan perlindungan di dunia dan akhirat”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.