Hadis Matruk

Hadis Matruk adalah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang dha’if secara bersendirian, dimana sebab kedha’ifan adalah tuduhan berdusta dalam periwayatan hadis, atau ketara kefasiqannya dalam perkataan, perbuatan atau banyak terlupa atau cuai. (‘Ulum al-Hadith/Fauzi Deraman)

Hadis Mawquf

Hadis Mawquf ialah perkataan atau perbuatan yang [di]sandarkan kepada Sahabat Nabi.

Hadis Mubham

Hadis Mubham itu ialah hadis yang perawinya tidak diberi nama.

Hadis Mudhtharib

Hadis yang sanad atau matannya berselilih (memiliki perbezaan) menurut Ahli Hadis disebut Hadis Mudhtharib.

Hadis Mudraj

Hadis Mudraj ialah hadis yang datang (ditambahkan) pada (sanad atau matan) nya sebahagian dari lafaz-lafaz perawi.

Hadis Munkar

Hadis Munkar adalah hadis yang diriwayatkan oleh seorang rawi yang tidak diterima ta’dil nya dalam keadaan bersendirian.

Hadis Munqathi’

Setiap hadis yang tidak bersambung sanadnya disebut Hadis Munqathi’.

Hadis Mursal

Hadis Mursal adalah hadis yang perawinya gugur di peringkat Sahabat.

Hadis Musnad

Hadis Musnad adalah yang bersambung rangkaian perawinya sampai kepada Nabi tanpa terputus.

Hadis Mu’allal

Hadis yang mengandungi cacat yang samar atau tersembunyi dikenal oleh Ahli Hadis dengan Hadis Mu’allal.

Hadis Mu’an’an

Hadis Mu’an’an itu seperti perkataan perawi “dari (عَنْ) sa’id, dari (عَنْ) Karom”.

Hadis Mu’dhal

Hadis Mu’dhal adalah hadis yang gugur pada sanadnya dua orang perawi.

Hadis Palsu

Hadis palsu atau hadis maudu’ ialah hadis direka-rekakan dengan sengaja kemudian disandarkan kepada Rasulullah SAW. Sesetengah ulama mengatakan walau dengan tidak sengaja merekakan hadis sekalipun.

Hadis Sahih

Hadis sahih ialah hadis yang sanadnya (rangkaian pelapor/perawi) bersambung, disampaikan oleh pelapor (rawi) yang adil, sempurna kekuatan ingatan (dhabit), dari awal hingga akhir sanad, tanpa ada sebarang percanggahan (syaz) dan juga kecacatan (‘illah).

Hadis Syaz

Perawi (thiqah) yang menyelisihi perawi yang (lebih) thiqah disebut dengan Syaz.

Hadis Mudallis

Hadis Mudallis ialah hadis yang perawinya melakukan tadlis dalam riwayat tersebut. Tadlis ada dua jenis:
1- [Perawi] menggugurkan syaikhnya dan menukil dari perawi di atas [syaikh] nya dengan kata “daripada (عَنْ)” dan “bahawa (أَنَّ)”.
2- [Perawi] tidak menggugurkan syaikhnya akan tetapi mensifatinya dengan sifat yang tidak dikenal.

Hadis Tiada Asal

Ulama Hadis menggunakan beberapa bentuk ibarat dalam [istilah] ini, antaranya:
1- Hadis ini tiada asal baginya (هذا الحديث لا أصل له).
2- Tiada asal baginya dengan lafaz ini (أو لا أصل له بهذا اللفظ).
3- Tidak diketahui baginya asal (أو لا يعرف له أصل).
4- Tidak wujud baginya asal (أو لم يوجد له أصل).
Dan ia bermaksud: Hadis yang disebutkan tiada baginya sanad yang dinukilkan dengannya hadis tersebut.

Rujukan: Mu’jam Mustolahat Al-Hadith waLatoif Al-Asanid, Dr. Muhammad Dhiya’ Al-Rahman Al-A’zomi