Apabila seorang wanita muslimah mengandung, dia akan mendapat pahala

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن المسلمة إذا حملت كان لها أجر القائم الصائم المحرم المجاهد في سبيل الله، حتى إذا وضعت؛ فإن لها بأول رضعة ترضعه أجر حياة نسمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang wanita muslimah mengandung, dia akan mendapat pahala seperti orang yang mendirikan solat, berpuasa, berihram dan berjihad di jalan Allah sehingga apabila dia melahirkan, dia mendapat pahala menghidupkan satu nyawa pada susuan pertamanya. seperti orang yang mendirikan solat, berpuasa, berihram dan berjihad di jalan Allah sehingga dia melahirkan. Dan dia mendapat pahala menghidupkan satu nyawa pada susuan pertamanya.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2053, hadis nombor 10325. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أن النبي ﷺ قال: إن المسلمة إذا حملت كان لها أجر القائم الصائم المحرم المجاهد في سبيل الله، حتى إذا وضعت؛ فإن لها بأول رضعة ترضعه أجر حياة نسمة.
[ع، ((الضعيفة)) (6256)]

(Sangat Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila seorang wanita muslimah mengandung, dia akan mendapat pahala seperti orang yang mendirikan solat, berpuasa, berihram dan berjihad di jalan Allah sehingga apabila dia melahirkan, dia mendapat pahala menghidupkan satu nyawa pada susuan pertamanya.
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6256]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.