Apabila Nabi SAW keluar untuk peperangan

TEKS BAHASA ARAB

إن النبي ﷺ كان إذا خرج في غزاة؛ كان آخر عهده بفاطمة، وإذا قدم من غزاة؛ كان أول عهده بفاطمة رضوان الله عليها، فإنه خرج لغزوة تبوك ومعه عليّ رضوان الله عليه، فقامت فاطمة فبسطت في بيتها بساطاً، وعلقت على بابها ستراً، وصبغت مِقْنَعَتَها بزعفران، فلما قدم أبوها ﷺ، ورأى ما أحدثت؛ رجع فجلس في المسجد، فأرسلت إلى بلال فقالت: يا بلال اذهب إلى أبي، فسَلْه ما يرده عن بابي، فأتاه، فسأله، فقال ﷺ: إني رأيتها أحدثتْ ثَمَّ شيئاً. فأخبرها، فهتكت الستر، ورفعت البساط، وألقت ما عليها، ولبست أطمارها، فأتاه بلال فأخبره، فأتاها فاعتنقها وقال: هكذا كوني، فداك أبي وأمي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Nabi SAW keluar untuk peperangan, orang yang terakhir Baginda berjumpa ialah Fatimah. Apabila Baginda pulang dari peperangan, orang yang paling awal Baginda bertemu ialah Fatimah. Pada satu hari, Baginda keluar untuk pergi peperangan Tabuk. Bersama Baginda ialah Ali RA. Lalu Fatimah bangun dan membentangkan lapik di rumahnya. Beliau menggantungkan langsir di pintu rumah. Beliau celup penutup kepalanya dengan za’faran. Apabila ayah beliau (iaitu Rasulullah SAW) pulang, Baginda melihat apa yang telah dilakukan oleh Fatimah. Baginda kembali dan kemudian duduk di masjid. Lalu Fatimah pergi kepada Bilal. Beliau berkata: Wahai Bilal, pergi bertemu ayah aku dan tanyakan kepada Baginda mengapa berpaling dari pintu rumah aku. Bilal kemudiannya pergi bertemu Nabi dan bertanya apa yang diminta oleh Fatimah. Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya aku melihat Fatimah melakukan sesuatu di sana.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1927 hadis nombor 9671. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: إن النبي ﷺ كان إذا خرج في غزاة؛ كان آخر عهده بفاطمة، وإذا قدم من غزاة؛ كان أول عهده بفاطمة رضوان الله عليها، فإنه خرج لغزوة تبوك ومعه عليّ رضوان الله عليه، فقامت فاطمة فبسطت في بيتها بساطا، وعلقت على بابها سترا، وصبغت مقنعتها بزعفران، فلما قدم أبوها ﷺ، ورأى ما أحدثت؛ رجع فجلس في المسجد، فأرسلت إلى بلال فقالت: يا بلال اذهب إلى أبي، فسله ما يرده عن بابي، فأتاه، فسأله، فقال ﷺ: إني رأيتها أحدثت ثم شيئا. فأخبرها، فهتكت الستر، ورفعت البساط، وألقت ما عليها، ولبست أطمارها، فأتاه بلال فأخبره، فأتاها فاعتنقها وقال: هكذا كوني، فداك أبي وأمي.
[ابن حبان، ((الضعيفة)) (6269)]

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA bahawa apabila Nabi SAW keluar untuk peperangan, orang yang terakhir Baginda berjumpa ialah Fatimah. Apabila Baginda pulang dari peperangan, orang yang paling awal Baginda bertemu ialah Fatimah. Pada satu hari, Baginda keluar untuk pergi peperangan Tabuk. Bersama Baginda ialah Ali RA. Lalu Fatimah bangun dan membentangkan lapik di rumahnya. Beliau menggantungkan langsir di pintu rumah. Beliau celup penutup kepalanya dengan za’faran. Apabila ayah beliau (iaitu Rasulullah SAW) pulang, Baginda melihat apa yang telah dilakukan oleh Fatimah. Baginda kembali dan kemudian duduk di masjid. Lalu Fatimah pergi kepada Bilal. Beliau berkata: Wahai Bilal, pergi bertemu ayah aku dan tanyakan kepada Baginda mengapa berpaling dari pintu rumah aku. Bilal kemudiannya pergi bertemu Nabi dan bertanya apa yang diminta oleh Fatimah. Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya aku melihat Fatimah melakukan sesuatu di sana.
[Riwayat Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6269]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs