Apabila kamu melihat umatku menghormati orang yang zalim

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيت أمتي تهاب الظالم، أن تقول له: أنت ظالم، فقد تودع منهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu melihat umatku menghormati orang yang zalim, maka hendaklah kamu katakan kepadanya: Kamu adalah orang yang zalim, sesungguhnya kamu telah berputus asa terhadap mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 52, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أحمد (2/ 163، 190) والبزار (ج 4/ رقم 3303) والعقيلي في الضعفاء (ق 220/ 1- 2) وابن عدي في الكامل (3/ 1267، 1276) والحاكم (4/ 96) ، والشجري في الأمالي (2/ 230- 231) من طريق الحسن بن عمرو، عن أبي الزبير، عن عبد الله بن عمرو مرفوعاً. ورواه عن الحسن بن عمرو جماعة منهم سفيان الثوري، وعبد الرحمن بن محمد المحاربي وعبد الله بن نمير. ووقع عند العقيلي: سفيان بن هارون البرجمى، عن الحسن بن عمرو الفقيمى، عن أبي الزبير قال: سمعت عبد الله بن عمرو.
قلت: أما سفيان بن هارون البرجمي، فلا أدري من هو، والصواب أنه سفيان الثوري، فإن أبا نعيم، الفضل بن دكين الراوي عنه مكثر عن الثوري. وفي ترجمة الحسن بن عمرو، يروي عنه سفيان الثوري. وأما قول أبي الزبير: سمعت عبد الله بن عمرو، فلا أدري أهذا خطأ من بعض الرواة، أم من الناسخين؟ وذلك أن أبا الزبير لم يلق عبد الله عمرو كما صرح بذلك ابن معين، وأبو حاتم على ما في المراسيل (ص – 193) . ولما سمع ابن معين هذا الحديث قالَ: لم يسمع أبو الزبير من عبد الله بن عمرو، ولم يره. رواه ابن عدي الكامل (6/ 2135) عن يحيى. وقدْ اختلف على الحسن بن عمرو فيهِ. فأخرجه البزار (ج 4/ رقم 3302) ، والعقيلي (ق 220/ 1) من طريقين عن الحسن بن عمرو، عن مجاهد، عن عبد الله بن عمرو مرفوعاً. وقدْ رواه عن الحسن، النظر بن إسماعيل عند العقيلي، وعبيد الله بن عبد الله الربعي، وعند البزار. وقد رجّح البزار والعقيلي رواية سفيان ومن معه على هذه الرواية، وهو ظاهر والنظر بن إسماعيل يضعف من قبل حفظه، وقد تقدم بيان حاله في الحديث رقم (16) وعبيد الله بن عبد الله الربعي لم أعرفه الآن فرواية أبي الزبير عن عبد الله بن عمرو هي المحفوظة. وقد اختلف على أبي الزبير فيه. فرواه أبو شهاب الحناط، ثنا الحسن بن عمرو، عن أبي الزبير، عن عمرو بن شعيب، عن عبد الله بن عمرو، أخرجه ابن عدي في الكامل (6/ 2135) . وعمرو بن شعيب لم يلق عن عبد الله بن عمرو وأظن أن الوهم في جعل عمرو بن شعيب بين أبي الزبير وعبد الله بن عمرو هو من أبي شهاب الحناط واسمه عبد ربه بن نافع، فقد ذكروا أنه كان يخطئ، لا سيما قد خولف كما يظهر من البحث. وخالفهم جميعاً سنان بن هارون، فرواه عن الحسن بن عمرو، عن أبي الزبير عن جابر فذكره مرفوعاً فجعله من مسند جابر أخرجه ابن عدي (3/ 1276) وقال: وهذا لا نعرفه إلا من حديث سنان، وأبو الزبير لا يروي هذا عن جابر، إنما يرويه عن عبد الله بن عمرو أهـ‍.
قلت: وسنان بن هارون ضعيف وبالجملة فلا يصح من هذه الطرق غير الطريق الأولى، والتي رواه أحمد وغيره، وهي مع ذلك منقطعه كما قدمت: والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ahmad (2/163, 190), al-Bazzar (juz 4/ hadith no 3303), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 220/1-2), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (3/1267, 1276), al-Hakim (4/96), al-Shajari dalam al-‘Amali (2/230-231) melalui sanad al-Hasan bin ‘Amr daripada Abu al-Zubair daripada Abd Allah bin ‘Amr secara marfu’. Turut diriwayatkan daripada al-Hasan bin ‘Amr oleh segolongan perawi, antaranya Sufyan al-Thauri, ‘Abdurrahman Ibn Muhammad al-Maharibi dan Abd Allah bin Numair. Terdapat dalam riwayat al-‘Uqaili: "……Sufyan bin Harun al-Burjumi daripada al-Hasan Ibn ‘Amr al-Fuqaimi daripada Abu al-Zubair, katanya: Aku telah mendengar Abd Allah bin ‘Amr…..".
Saya berkata: Berkenaan Sufyan bin Harun al-Burjumi, saya tidak mengetahui siapakah dia. Sebetulnya, beliau adalah Sufyan al-Thauri. Ini kerana, Abu Nu’aim al-Fadhl bin Dukain yang meriwayatkan daripada beliau, merupakan perawi yang banyak meriwayatkan daripada al-Thauri. Dalam biografi al-Hasan bin ‘Amr juga, Sufyan al-Thauri yang meriwayatkan daripada beliau. Manakala, kata-kata Abu al-Zubair: "Aku telah mendengar Abd Allah bin ‘Amr", saya tidak mengetahui samada ini adalah suatu kesilapan yang berpunca daripada sebahagian perawi atau sebahagian penyalin. Ini kerana, Abu al-Zubair tidak pernah bertemu Abd Allah bin ‘Amr sebagaimana yang disebutkan jelas oleh Ibn Ma’in dan Abu Hatim berdasarkan yang terdapat dalam al-Marasil (hlm 193). Setelah Ibn Ma’in mendengar hadith ini, beliau berkata: "Abu al-Zubair tidak sempat mendengar daripada Abd Allah bin ‘Amr dan tidak sempat melihatnya".
Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/2135) daripada Yahya (bin Ma’in). Berlaku perbezaan terhadap al-Hasan bin ‘Amr dalam hadith ini. Al-Bazzar (juz 4/ hadith : 3302) dan al-‘Uqaili (hlm. 220/1) telah mengeluarkannya melalui dua sanad daripada al-Hasan bin ‘Amr daripada Mujahid daripada Abd Allah bin ‘Amr secara marfu’. Telah diriwayatkan daripada al-Hasan oleh al-Nadhr bin Isma’il sebagaimana dalam riwayat al-‘Uqail, dan ‘Ubaidullah al-Rib’ie dalam riwayat al-Bazzar. Namun al-Bazzar dan al-‘Uqaili telah menilai rajah riwayat Sufyan dan perawi yang selari dengan beliau bagi riwayat ini, inilah yang zahir. Al-Nadhr bin Isma’il, beliau telah dinilai dha’if dari sudut hafalannya dan telah diperjelaskan status beliau pada hadith : 16. Manakala, ‘Ubaidullah bin Abd Allah al-Rib’ie, buat masa ini saya belum mengenalinya.
Riwayat Abu al-Zubair daripada Abd Allah bin ‘Amr adalah yang Mahfuz (Terjaga). Turut berlaku perbezaan terhadap Abu al-Zubair bagi hadith ini. Abu Shihab al-Hannat telah meriwayatkannya, katanya: al-Hasan bin ‘Amr telah menceritakan kepada kami daripada Abu al-Zubair daripada ‘Amr bin Shu’aib daripada Abd Allah bin ‘Amr. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/2135). ‘Amr bin Shu’aib tidak sempat bertemu Abd Allah bin ‘Amr. Saya mengira bahawa kekeliruan dengan memasukkan ‘Amr bin Shu’aib antara Abu al-Zubair dan Abd Allah bin ‘Amr adalah berpunca daripada Abu Shihab al-Hannat, nama beliau adalah ‘Abdurabbih bin Nafi’. Mereka (ulama hadith) telah menyebutkan bahawa beliau selalu melakukan kesilapan, terutama apabila ada percanggahan sebagaimana yang jelas melalui perbahasan tadi.
Sinan bin Harun turut melakukan percanggahan dengan kesemua perawi, beliau telah meriwayatkan hadith tersebut daripada al-Hasan bin ‘Amr daripada Abu al-Zubair daripada Jabir, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Sinan telah memasukkan hadith tersebut dalam Musnad Jabir. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi (3/1276), seraya Ibn ‘Adi berkata: "Sanad ini tidak kami ketahui melainkan daripada hadith Sinan. Abu al-Zubair tidak meriwayatkan hadith ini daripada Jabir, beliau hanya meriwayatkannya daripada Abd Allah bin ‘Amr…" Saya berkata: Sinan bin Harun adalah seorang yang Dha’if.
Kesimpulannya, tidak sahih daripada kesemua sanad-sanad ini kecuali sanad pertama yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan lain-lain. Pun begitu, ianya Munqati’ (Terputus Sanad) sebagaimana telah dinyatakan. Wallahua’lam

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.