Apabila kamu melihat seseorang yang membiasakan diri dengan masjid-masjid

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم الرجل يعتاد المساجد فاشهدوا له بالإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu melihat seseorang yang membiasakan diri dengan masjid-masjid, maka bersaksilah bahawa dia mempunyai iman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 105, hadis nombor 85. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الترمذي (7/ 365- 366 و8/490- تحفة) وابن ماجه (802) والدارمي (1/ 222) وأحمد (3/ 50- 51- الفتح الرباني) وابن خزيمة (2/ 379) وابن حبان (310) وابن عدي في الكامل (3/ 981، 1013) والحاكم (1/ 212- 213 و2/ 332) والبيهقي (3/ 66) وأبو نعيم في ((الحلية)) (8/ 327) والخطيب في التاريخ (5/ 456- 457) من طريق دراج بن سمعان عن أبي الهيثم عن أبي سعيد الخدري مرفوعا فذكره. قال الترمذي حديث حسن. وقال الحاكم: صحيح الإسناد. ووافقه الذهبي.
قلت: لا، ودرّاج ضعيف في روايته عن أبي الهيثم. أما الذهبي فحاله متضارب. فقد رأيته أقر الحاكم على تصحيحه في الموضع الثاني المشار إليه، ثمَّ وجدته في الموضع الأول تعقب الحاكم بقوله: قلْتُ: دراج كثير المناكير. وأقره الشيخ القاري في المرقاة (1/ 461). وفي فيض القدير (1/ 358) ضعفه المناوي ونقل عن الحافظ العراقي أنه قالَ: حديث ضعيف. والله أعلم

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi (7/365-366, 8/490 – Tuhfah), Ibn Majah (802), al-Darimi (1/222), Ahmad (3/50-51, al-Fath al-Rabbani), Ibn Khuzaimah (2/379), Ibn Hibban (310), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (3/981, 1013), al-Hakim (1/212-213, 2/332), al-Baihaqi (3/66), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (8/327) dan al-Khatib dalam al-Tarikh (5/456-457) melalui sanad Darraj bin Sam’an daripada Abu al-Haitham daripada Abu Sa’id al-Khudri secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith itu. Al-Tirmizi berkata: "Hadith hasan". Al-Hakim pula berkata: "Sanadnya sahih", dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Darraj seorang yang dha’if dalam riwayat beliau daripada Abu al-Haytham. Adapun al-Zahabi, beliau tidak menentu. Saya melihat beliau bersetuju dengan al-Hakim dalam menilainya sebagai sahih pada tempat kedua yang telah diisyaratkan. Kemudian saya menemui pada tempat pertama, al-Zahabi memberikan komentar terhadap al-Hakim, kata al-Zahabi: "Saya berkata: Darraj memiliki banyak hadith-hadith munkar". Al-Syeikh al-Qari bersetujui dengan al-Zahabi dalam al-Mirqah (1/461), juga dalam Faidh al-Qadir (1/358) al-Munawi telah menilainya sebagai dha’if. Beliau juga menukilkan daripada al-Hafiz al-‘Iraqi bahawa beliau berkata: "Hadith dha’if". Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs