TEKS BAHASA ARAB
إذا جلستم فاخلعوا نعالكم – أحسبه قال:- تسترح أقدامكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kalian duduk, hendaklah kalian menanggalkan selipar kalian, dan rehatkanlah kedua-dua kaki kalian.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1174, hadis nombor 5936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا جلستم فاخلعوا نعالكم – أحسبه قال:- تسترح أقدامكم)). [البزار، ((الضعيفة)) (2541)]
(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Apabila kalian duduk, hendaklah kalian menanggalkan selipar kalian, dan rehatkanlah kedua-dua kaki kalian.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2541]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.