Apabila hari kiamat berlaku, Allah akan memanggil seorang hamba dari hambaNya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا كان يوم القيامة دعا الله عبدا من عبيده فيقفه بين يديه فيسأله عن جاهه كما يسأله عن ماله.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila hari kiamat berlaku, Allah akan memanggil seorang hamba dari hamba-hamba-Nya, lalu Dia menjadikan hamba tersebut berdiri di hadapan-Nya. Lalu Allah bertanya tentang kedudukannya sepertimana sebagaimana Allah bertanya tentang hartanya.


STATUS

Tiada asalnya


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 71-72, hadis nombor 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن ابن عمر مرفوعا وقال: لا أصل له.
وقد أخرجه الطبراني في الصغير.
وروى الخطيب نحوه من حديث علي رضي الله عنه بإسناد فيه منكر.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ibn Umar secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan beliau berkata: Hadith ini tiada asalnya.

Al-Tabarani meriwayatkan di dalam kitabnya.
Al-Khatib meriwayatkan sepertinya daripada hadith Ali RA dengan sanad padanya terdapat perawi yang sangat lemah.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs