Apabila datang kepada saudaramu, maka perelokkan pakaian kamu dan perbaikilah tunggangan kamu sehingga kamu menjadi seakan-akan yang paling menarik dalam kalangan manusia

TEKS BAHASA ARAB

إنكم قادمون على إخوانكم، فأحسنوا لباسكم، وأصلحوا رحالكم، حتى تكونوا كأنكم شامة في الناس، إن الله لا يحب الفحش والتفحش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kamu apabila datang kepada saudaramu, maka perelokkan pakaian kamu dan perbaikilah tunggangan kamu sehingga kamu menjadi seakan-akan yang paling menarik dalam kalangan manusia. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada kejelekan dan menzahirkan kejelekan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1616, hadis nombor 8153. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن قيس بن بشر التغلبي، قال: كان أبي جليسا لأبي الدرداء – رضي الله عنه – بدمشق، وبها رجل من أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم – من الأنصار يقال له ابن الحنظلية، وكان متوحدا، قلما يجالس الناس، إنما هو في صلاة، فإذا انصرف، فإنما هو تكبير وتسبيح وتهليل، حتى يأتي أهله، فمربنا يوما ونحن عند أبي الدرداء، فسلّم، فقال أبو الدرداء: كلمة تنفعنا ولا تضرك! فقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنكم قادمون على إخوانكم، فأحسنوا لباسكم، وأصلحوا رحالكم، حتى تكونوا كأنكم شامة في الناس، إن الله لا يحب الفحش والتفحش)). [د، ك، حم، ابن المبارك، ش، طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2082)].

(Lemah)
Daripada Qais bin Bishr al-Taghalbi berkata: Dahulu ayahku kawan kepada Abi al-Darda’ RA di Damsyik. Disana terdapat seorang lelaki daripada kalangan sahabat Nabi SAW daripada golongan Ansar dikenali sebagai Ibn al-Hanzholiyyah. Dia merupakan seorang yang hidup bersendirian. Dia hanya duduk bersama manusia ketika solat dan apabila dia pergi, perkara yang dilakukan hanyalah bertakbir, bertasbih dan bertahlil sehingga dia berjumpa ahli keluarganya. Satu hari dia berjalan di hadapan kami, dan kami bersama Abi al-Darda’. Dia memberi salam. Maka Abu al-Darda’ berkata: "Perkataan yang memberi manfaat kepada kami dan tidak memudaratkan kamu." Dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya kamu apabila datang kepada saudaramu, maka perelokkan pakaian kamu dan perbaikilah tunggangan kamu sehingga kamu menjadi seakan-akan yang paling menarik dalam kalangan manusia. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada kejelekan dan perbuatan menzahirkan kejelekan."
[Riwayat Abi Dawud dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn al-Mubarak, Ibn Abi Shaibah dalma Musannafnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2082].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.