Apabila baginda selesai daripada solat baginda, baginda akan menyapu dahi baginda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بكفه اليمنى ثم أمرها على وجهه حتى يأتي بها على لحيته ويقول: بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الغم والحزن والهم، اللهم بحمدك انصرفت، وبذنبي اعترفت، أعوذ بك من شر ما اقترفت، وأعوذ بك من جهد بلاء الدنيا، ومن عذاب الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda selesai daripada solat baginda, baginda akan menyapu dahi baginda dengan tapak tangan kanan baginda, kemudian baginda melalukannya sehingga sampai kepada janggut baginda dan membaca: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Hilangkanlah dariku kesedihan, dukacita dan kebimbangan. Ya Allah! Dengan pujian-Mu aku pergi, dengan dosaku aku akui. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah aku kerjakan, aku berlindung dengan-Mu daripada ujian dunia yang berat dan juga dari azab akhirat".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 360, hadis nombor 1916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: «كان إذا قضى صلاتَه مسح جَبْهَتَهُ بكَفِّهِ اليُمْنَى ثم أَمَرَّها على وجهِه حتى يأتيَ بها على لِحْيَتِهِ ويقولُ: بسمِ اللهِ الذي لا إله إلا هو عالِمُ الغيبِ والشهادةِ الرحمنُ الرحيمُ، اللهم أَذْهِبْ عني الغَمَّ والحَزَنَ والهَمَّ، اللهم بحَمْدِكَ انْصَرَفْتُ، وبذَنْبِي اعْتَرَفْتُ، أعوذُ بكَ من شَرِّ ما اقْتَرَفْتُ، وأعوذُ بك من جَهْدِ بَلَاءِ الدنيا، ومن عذابِ الآخرةِ». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (1059)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Apabila baginda selesai daripada solat baginda, baginda akan menyapu dahi baginda dengan tapak tangan kanan baginda, kemudian baginda melalukannya sehingga sampai kepada janggut baginda dan membaca: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Hilangkanlah dariku kesedihan, dukacita dan kebimbangan. Ya Allah! Dengan pujian-Mu aku pergi, dengan dosaku aku akui. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah aku kerjakan, aku berlindung dengan-Mu daripada ujian dunia yang berat dan juga dari azab akhirat". [Diriwayatkan oleh Abu Nu‘aym dalam Akhbar al-Asbahan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1059].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.