TEKS BAHASA ARAB
كان إذا سقي، قال: ابدأوا بالكبير، أو قال: بالأكابر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Baginda diberi minum maka Baginda akan bersabda: Mulakanlah dengan orang tua. Atau Baginda bersabda: Orang-orang yang lebih tua.
STATUS
Shadz
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 421, hadis nombor 2267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: «كان إذا سُقِي، قال: ابدَأُوا بالكَبِيرِ، أو قال: بالأَكَابِرِ». [ع، طس، «الضعيفة» (5734)].
(Shadz) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: "Apabila Baginda diberi minum maka Baginda akan bersabda: Mulakanlah dengan orang tua. Atau Baginda bersabda: Orang-orang yang lebih tua". [Riwayat Musnad Abī Ya‘lā dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5734].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.