Apabila baginda ﷺ selesai solat isyak, baginda menunaikan empat rakaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم إذا صلى العشاء؛ ركع أربع ركعات، وأوتر بسجدة، ثم نام حتى يصلي – بعد – صلاته بالليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda ﷺ selesai solat isyak, baginda menunaikan empat rakaat solat sunat dan satu rakaat solat witir. Kemudian baginda tidur sehingga baginda bangkit semula selepas itu untuk mendirikan solat sunatnya pada waktu malam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 308, hadis nombor 1624. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنْ عَبْدِ اللهِ بنِ الزُّبَيْرِ – رَضَيِ اللهُ عَنْهُمَا -، قَالَ: ((كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى العِشَاءَ؛ رَكَعَ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ، وَأَوْتَرَ بِسَجْدَةٍ، ثُمَّ نَامَ حَتَّى يُصَلِّي – بَعْدُ – صَلَاتَه بِاللَّيْلِ)). [حم، ابن نصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (5061)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin al-Zubayr RA, dia berkata: "Apabila baginda ﷺ selesai solat isyak, baginda menunaikan empat rakaat solat sunat dan satu rakaat solat witir. Kemudian baginda tidur sehingga baginda bangkit semula selepas itu untuk mendirikan solat sunatnya pada waktu malam." [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5061].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.