Apa yang kalian lihat ialah daripada apa yang kalian benci

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما ترون مما تكرهون؛ فذلك ما تجزون، يؤخر الخير لأهله في الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apa yang kalian lihat ialah daripada apa yang kalian benci, kerana itu adalah balasan dari perbuatan tersebut. Kebaikan pula akan dilambatkan buat pemiliknya di hari akhirat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 508, hadis nombor 2706. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أسماء الرحبي، قال: بينا أبو بكر الصديق -رضي الله عنه- يتغدى مع رسول الله ﷺ؛ إذ نزلت هذه الآية: {فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ(٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ(٨)}: فأمسك أبو بكر، وقال: يا رسول الله! أكلُّ ما عملنا من سوء رأيناه؟! فقال: «ما ترون مما تكرهون؛ فذلك ما تجزون، يؤخر الخير لأهله في الآخرة». [ك، الضعيفة، (5212)].

(Lemah) Daripada Abu Asma’ al-Rahabi, beliau berkata: Ketika Abu Bakr al-Siddiq sedang makan tengah hari bersama Rasulullah ﷺ; tiba-tiba turun ayat ini: "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [al-Zalzalah: 7-8]: Lalu Abu Bakr menahan diri lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah setiap amalan buruk yang kami lakukan akan kami lihat?!" Baginda menjawab: "Apa yang kalian lihat ialah daripada apa yang kalian benci, kerana itu adalah balasan dari perbuatan tersebut. Kebaikan pula akan dilambatkan buat pemiliknya di hari akhirat". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5212].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.