Apa yang diwajibkan ke atas wanita adalah perkara sama yang diwajibkan kepada kaum lelaki kecuali menunaikan solat jumaat, pengurusan jenazah, dan berjihad di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

على النساء ما على الرجال؛ إلا الجمعة، والجنائز، والجهاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apa yang diwajibkan ke atas wanita adalah perkara sama yang diwajibkan kepada kaum lelaki kecuali menunaikan solat Jumaat, pengurusan jenazah, dan berjihad di jalan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 940, hadis nombor 4839. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن الحسن، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((على النساء ما على الرجال؛ إلا الجمعة، والجنائز، والجهاد)).
[عب، ((الضعيفة)) (3882)].

(Palsu)
Daripada Hasan, berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apa yang diwajibkan ke atas wanita adalah perkara sama yang diwajibkan kepada kaum lelaki kecuali menunaikan solat Jumaat, pengurusan jenazah, dan berjihad di jalan Allah.
[Riwayat Musannaf Abdul Razak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3882].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.