Anak perempuanku,Fatimah adalah bidadari dari kalangan manusia

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ابنتي فاطمة حوراء آدمية، لم تحض ولم تطمث، وإنما سماها فاطمة؛ لأن الله فطمها ومحبيها من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Anak perempuanku Fatimah adalah bidadari manusia. Dia tidak didatangi haid dan tidak datang bulan. Sesungguhnya dia dinamakan sebagai Fatimah kerana Allah memisahkannya dan orang yang mencintainya daripada neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 392, hadis nombor 119. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن عباس مرفوعا. وفي رواية أخرى عن أبي هريرة: إن الله فطم محبيها عن النار. وفي إسناد الأول: أحمد بن جميع الغساني. وفي إسناد الثاني: محمد بن زكريا الغلابي وهو واضعه. والحديث ذكره ابن الجوزي في الموضوعات.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah: Allah memisahkan orang yang mencintainya daripada neraka.
Pada sanad yang pertama terdapat Ahmad bin Jami’ al-Ghasani. Pada sanad yang kedua terdapat Muhammad bin Zakaria al-Ghalabi. Dialah yang memalsukannya. Hadith ini disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.