Anak lelaki kamu memperolehi dua pahala syahid

TEKS BAHASA ARAB

ابنك له أجر شهيدين. قالت: ولم ذاك يا رسول الله؟ قال: لأنه قتله أهل الكتاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anak lelaki kamu memperolehi dua pahala syahid. Wanita itu bertanya: Kenapa begitu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kerana beliau telah dibunuh oleh Ahli Kitab.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 29, hadis nombor 138. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (2488) ومن طريقه البيهقي (9/ 175) من طريق فرج بن فضالة عن عبد الخبير بن ثابت بن قيس بن شماس عن أبيه عن جده قال: جاءت امرأة إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم يقال لها: أم خلاد وهي منتقبة، تسأل عن ابنها وهو مقتول. فقال لها بعض أصحاب النبي صلى الله عليه وآله وسلم: جئت تسألين عن ابنك، وأنت منتقبة؟ فقالت: إن أُرزأ ابني فلن أرزا حيائي. فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: ابنك…الحديث.
قال الحافظ في التهذيب : وقع عند أبي داود: عبد الخبير بن ثابت بن قيس بن شماس والصواب ما ذكره المؤلف يعني أن صوابه: عبد الخبير قيس بن ثابت فإن قيس بن شماس لا صحبة له. أهـ‍.
قلت: وهذا سند ضعيف، وله علتان:
الأولى: ضعف فرج بن فضالة.
الثانية: قال البخاري في التاريخ (3/ 2/ 137) : عبد الخبير عن أبيه عن جده. حديثه ليس بقائم وروى ابن عدي في الكامل (5/ 1985) مقالة البخاري ثم قال: وعبد الخبير ليس بالمعروف وإنما أشار البخاري إلى حديث واحد فالظاهر أنه يعني هذا الحديث. وقال أبو حاتم: نقله عنه ولده في الجرح والتعديل (3/ 1/ 38) . وكذا قال أبو أحمد الحاكم. ونقل الحافظ أن ابن عدي قال: منكر الحديث. ولم أجد هذا العبارة في الكامل. فالله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (2488), juga oleh al-Baihaqi (9/175) melalui sanad Abu Daud, daripada Faraj bin Fudhalah daripada ‘Abd al-Khabir bin Thabit bin Qais bin Shammas daripada ayahnya daripada datuknya, katanya: Seorang wanita telah datang menemui Nabi SAW, beliau disebut sebagai Ummu Khallad, beliau memakai niqab. Beliau bertanya tentang anak lelakinya yang telah terbunuh. Sebahagian sahabat Nabi SAW berkata: "Kamu datang bertanyakan tenrtang anak lelaki kamu, sedangkan kamu berniqab (bagaimana Nabi nak kenal?)". Wanita tersebut menjawab: "Sesungguhnya anakku telah terbunuh, perasaan maluku tidak terbunuh". Lalu Nabi SAW pun menjawab: "Anak lelaki kamu…..". Al-Hafiz juga mengulas dalam al-Tahzib: "Terdapat dalam riwayat Abu Daud: ‘Abd al-Khabir bin Qais bin Shammas, sebetulnya apa yang telah disebutkan oleh penulis – iaitu yang sebetulnya: ‘Abd al-Khabir Qais bin Thabit -, kerana Qais bin Shammas bukan berstatus sahabat".
Saya berkata: Sanad ini dha’if kerana dua kecacatan iaitu :
Pertama: Faraj bin Fudhalah seorang yang dha’if.
Kedua: al-Bukhari berkata dlaam al-Tarikh (3/2/137): "’Abd al-Khabir daripada ayahynya daripada datuknya..hadithnya tidak kuat". Ibn ‘Adi telah meriwayatkan dalam al-Kamil (5/1985) kata-kata al-Bukhari tersebut, kemudian beliau berkata: "’Abd al-Khabir tidak dikenali. Al-Bukhari hanya mengisyaratkan kepada satu hadith sahaja". Zahirnya beliau maksudkan adalah hadith ini.
Abu Hatim berkata: "Hadith beliau tidak kuat, Munkar al-Hadith". Anak beliau (Ibn Abi Hatim) telah menukilkannya daripada ayahnya dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (3/1/38). Demikian juga yang disebutkan oleh Abu Ahmad al-Hakim. Al-Hafiz menukilkan bahawa Ibn ‘Adi berkata: "Munkar al-Hadith". Namun, saya tidak menemui ungkapan ini dalam al-Kamil. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.