Allah tidak akan meninggalkan seorang pun pada hari Jumaat, melainkan Dia mengampunkannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يترك الله أحدا يوم الجمعة؛ إلا غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak akan meninggalkan seorang pun pada hari Jumaat, melainkan Dia mengampunkannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis nombor 1831. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لا يترك الله أحدا يوم الجمعة؛ إلا غفر له)).
[أبو القاسم الشهرزوري في ((الأمالي))، خط، ((الضعيفة)) (384)]

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah tidak akan meninggalkan seorang pun pada hari Jumaat, melainkan Dia mengampunkannya.
[Riwayat Abū al-Qāsim al-Shahrazūrī dalam kitab al-Amālī, Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 384]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.