Allah telah menciptakan seribu umat iaitu makhluk di lautan dan empat ratus makhluk di daratan

TEKS BAHASA ARAB

خلق الله ألف أمة ستمائة في البحر، وأربعمائة في البر فأول شيء يهلك من هذه الأمة الجراد، فإذا هلكت، تتابعت مثل النظام إذا قطع سلكه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah menciptakan seribu umat (makhluk) di lautan dan empat ratus di daratan. Perkara pertama yang akan binasa daripada kalangan umat ini adalah belalang, apabila ia binasa maka kebinasaan akan merebak seperti untaian kalung apabila talinya terputus.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 56, hadis nombor 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه أبو يعلي كما في اللآلئ (1/ 81) والمطالب (2339) – وابن عدي (5/ 1990، 6/ 2249) والدولابي في الكنى (2/ 25) وابن حبان في المجروحين (2/ 256- 257) وابن أبي عاصم في الأوائل (ق 13/ 1-2) ، وأبو الشيخ في العظمة والبيهقي في الشعب كما في اللآلئ (1/ 82) وكذا الحكيم الترمذي في نوادر الأصولي كما في تنزيه الشريعة (1/ 190) من طرق عبيد بن واقد، حدثنا محمد بن عيسى بن كيسان الهذلى، ثنا محمد بن المنكدر، عن جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما قال: قل الجراد في سنة من سنى عمر التي وُلي فيها، فسأل عنه فلم يخبر بشيء. فأغتم لذلك. فأرسل راكباً يضرب إلى كذا، وآخر إلى الشام، وآخر إلى العراق، يسأل عن الجراد، قال: فأتاه الراكب الذي من قبل اليمن بقبضة من جراد فألقاها بين يديه، فلما رآها قال: فذكره مرفوعاً. وأخرجه الخطيب (11/217 – 218) من طريق عبيد بن واقد، عن محمد بن عيسى، عن محمد بن المنكدر، عن جابر، عن ابن عمر قال: فذكره. وأرى أن ذكر ابن عمر خطأ في هذا الإسناد، فليس له ذكر في شيء من طرق الحديث، ومما يؤكد ذلك أن ابن الجوزي روى الحديث في الموضوعات (3/ 13) من طريق الخطيب، كرواية الجماعة. والله أعلم.
قلت: وهذا حديث موضوع لا شك فيه – كما قال ابن حبان رحمه الله تعالى – وعبيد بن واقد، ضعفه أبو حاتم الرازي كما في الجرح (3/ 1/ 5) . ومحمد بن عيسى بن كيسان تناولوه قال البخاري في التاريخ الكبير (1/ 1/ 204): منكر الحديث. وضعفه الدارقطني. وقال أبو زرعة الرازي: لا ينبغي أن يحدث عنه. وقال ابن عدي: أنكر على محمد بن عيسى هذا الحديث. وقال الذهبي في الميزان (3/ 677) : وثقة بعضهم فركن السيوطي إلى هذا القول فقال في اللآلئ (1/ 82) : لم يتهم محمد بن عيسى بكذبه، بل وثقه بعضهم فيما نقله الذهبي . ومراد السيوطي من هذا أن يقول أن الحديث ضعيف لا موضوع. كما صرح بذلك في خاتمة كلامه. ولم يصيب السيوطي رحمه الله في تسديد قوسه. كعادته في تعقباته لابن الجوزي وذلك أن محمد بن عيسى ساقط، وعبارة البخاري فيه تفيد أنه لا تحل الرواية عنه. وإذا الراوي كان من المقلين ومع ذلك فأحاديثه منكرة، وتناوله النقاد، فلا شك أنه تالف، وحال محمد بن عيسى كذلك وأما التوثيق الذي نقله الذهبي عن بعضهم. فلسنا نعتد به أمام الجرح المحقق الصادر من عدة أئمة، ويظهر أنه توثيق واهن ولذا لم يصرح الذهبي بأسماء من وثق. والذي يتدبر صنيع السيوطي في اللآلئ يجده يستلزم أن يكون في الإسناد كذاب حتى يحكم على الحديث بالوضع، وليس هذا بلازم لما هو معروف إن الثقة قدْ يروي الحديث الموضوع يشبه عليهِ، واعتبار معنى المتن أمر ضروري. لا يكاد السيوطي يلتفت إليه. والحكم بالوضع قد يكفي فيه غلبة الظن كما لا يخفى، والله أعلم. والحديث عزاه الهيثمي في المجمع (7/322) لأبي يعلي وقال: فيه عبيد بن واقد القيسي وهو ضعيف كذا قال: وذهل عن حال محمد بن عيسى وهو شر منه وأضعف وكتاب الهيثمي يحتاج إلى مراجعة دقيقة لكثرة الأوهام فيه، وكان الحافظ ابن حجر قد تعقبه في أوهامه في المجمع قال الحافظ بعد أن أثنى على الهيثمي: وبلغه أنني تتبعت أوهامه في مجمع الزوائد فعاتبني، فتركت ذلك إلى الآن، رعاية له . فيا ليته تعقبه.

Mawdhu’ (Palsu). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Ya’la – sebagaimana dalam al-La’ali (1/81) dan al-Matalib (12339) -, Ibn ‘Adi (5/1990, 6/2249), al-Dawlabi dalam al-Kuna (2/25), Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/256-257), Ibn Abi ‘Asim dalam al-Awail (hlm. 13/1-2), Abu al-Syeikh dalam al-‘Uzmah, al-Baihaqi dalam al-Shu’ab – sebagaimana dalam al-La’ali (1/82) – dan demikian juga al-Hakim al-Tirmizi dalam Nawadir al-Usul – sebagaimana dalam Tanzih al-Shari’ah (1/190) – melalui sanad ‘Ubaid bin Waqid, katanya Muhammad bin ‘Isa bin Kaisan al-Huzali telah menceritakan kepada kami, katanya Muhammad bin al-Munkadir telah menceritakan kepada kami daripada Jabir bin ‘Abdillah al-Ansari r.a, katanya: “Belalang telah berkurangan pada tahun ‘Umar dilantik (menjadi Khalifah), ‘Umar pun bertanya-tanya tentang hal itu namun tidak menerima apa-apa berita. ‘Umar pun merasa sedih disebabkan perkara tersebut. Lalu beliau pun menghantar seorang penunggang ke suatu tempat, seorang lagi ke Syam dan seorang lagi ke ‘Iraq, tujuannya untuk bertanya tentang belalang. Perawi berkata: Lalu datang kepada ‘Umar seorang penunggang daripada arah Yaman beserta segenggam belalang, lalu melemparkannya di hadapan ‘Umar. Apabila ‘Umar melihatnya, beliau pun berkata……lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’”.
Al-Khatib (11/217-218) turut mengeluarkannya melalui sanad ‘Ubaid bin Waqid daripada Muhammad bin ‘Isa daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir daripada Ibn ‘Umar, katanya….lalu beliau pun menyebutkan hadith itu. Saya berpandangan bahawa menyebut nama Ibn ‘Umar (dalam sanad itu) adalah satu kesilapan dalam sanad ini. Tidak disebutkan nama Ibn ‘Umar dalam mana-mana sanad hadith tersebut. Ini dikuatkan lagi apabila Ibn al-Jawzi turut meriwayatkan hadith tersebut dalam al-Mawdhu’at (3/13) melalui sanad al-Khatib seperti riwayat perawi-perawi lain (tanpa menyebutkan Ibn ‘Umar). Wallahua’lam.
Saya berkata: Hadith ini adalah mawdhu’ tanpa ragu-ragu lagi – sebagaimana kata Ibn Hibban r.h -. ‘Ubaid bin Waqid telah dinilai dha’if oleh Abu Hatim sebagaimana dalam al-Jarh (3/1/5). Berkenaan Muhammad bin Kaisan, ulama telah memetik tentang beliau. Al-Bukhari berkata dalam al-Tarikh al-Kabir (1/1/204): "Munkar al-Hadith". Al-Daraqutni turut menilai beliau sebagai dha’if. Abu Zur’ah al-Razi turut berkata: "Tidak patut meriwayatkan hadith daripada beliau". Ibn ‘Adi pula berkata: "Muhammad bin ‘Isa diingkari terhadap hadith ini". Al-Zahabi berkata dalam al-Mizan (3/677): "Sebahagian mereka menilai beliau sebagai thiqah..".. al-Suyuti cenderung kepada pandangan ini, lalu beliau berkata dalam al-La’ali (1/82): "Muhammad bin ‘Isa tidak pernah ditohmah melakukan pendustaan, bahkan sebahagian ulama menilai beliau sebagai thiqah berdasarkan apa yang telah dinukilkan oleh al-Zahabi". Maksud al-Suyuti melalui kenyataan ini adalah beliau mahu mengatakan bahawa hadith tersebut adalah dhai’if, bukannya mawdhu’, sebagaimana yang beliau telah jelaskan dalam penutup kata-kata beliau.
Al-Suyuti r.h tidak tepat dalam pembelaannya, sebagaimana kebiasaan beliau dalam komentarnya terhadap Ibn al-Jawzi – Ini kerana Muhammad Ibn ‘Isa adalah Saqit (gugur – terlalu dha’if), ungkapan al-Bukhari terhadap beliau menunjukkan bahawa tidak halal meriwayatkan daripada beliau. Sekiranya seseorang perawi yang sedikit meriwayatkan hadith, ditambah pula hadith-hadithnya adalah munkar, para pengkritik hadith pasti mengkritiknya, maka tidak syak lagi bahawa perawi itu seorang yang Talif (perosak hadith). Begitulah status Muhammad bin ‘Isa. Ada pun berkenaan penilaian thiqat terhadap beliau sebagaimana yang telah dinukilkan oleh al-Zahabi daripada sebahagian ulama hadith, maka kita tidak mengambilkira penilaian itu ketika berhadapan dengan kritikan yang pasti dan bersumberkan daripada berbagai Imam. Zahirnya ianya merupakan penilaian thiqah yang lemah.
Oleh kerana itulah, al-Zahabi tidak mengemukakan nama-nama ulama yang menilai thiqah tersebut. Dan bagi sesiapa yang memerhatikan cara al-Suyuti dalam al-La’ali, maka dia akan mendapat bahawa al-Suyuti mewajibkan adanya perawi yang pendusta dalam sanad agar hadith tersebut boleh dinilai mawdhu’. Perkara ini tidaklah mesti, kerana sebagaimana sudah diketahui bahawa perawi thiqah juga ada yang meriwayatkan hadith Mawdhu’ disebabkan kekeliruan dan mengambilkira maksud matan hadith tersebut juga suatu yang perlu. Al-Suyuti sedikit sekali melihat sudut ini. Juga, penilaian sesuatu hadith sebagai mawdhu’ memadai dengan sangkaan yang kuat, ianya jelas. Wallahua’lam.
Hadith tersebut turut disandarkan oleh al-Haythami dalam al-Majma’ (7/322) kepada Abu Ya’la, seraya berkata: "Dalam sanadnya terdapat ‘Ubaid bin Waqid al-Qaisi, beliau seorang yang dha’if". Ini apa yang beliau katakana! Beliau terlupa tentang status Muhammad bin ‘Isa yang lebih teruk dan lebih dha’if berbanding ‘Ubaid. Kitab al-Haythami memerlukan kepada semakan yang terperinci kerana terdapat banyaknya kekeliruan di dalamnya. Al-Hafiz Ibn Hajar sendiri turut memberi komentar terhadap kekeliruan al-Haythami dalam al-Majma’. Kata al-Hafiz selepas memuji al-Haythami: "Telah sampai berita kepada beliau (al-Haythami) bahawa aku telah meneliti terhadap kekeliruan beliau dalam Majma’ al-Zawaid, beliau pun menyindirku, lalu aku pun meninggalkannya hingga sekarang, kerana meraikannya". Alangkah bagusnya komentar beliau tersebut.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.