Allah merahmati sesiapa yang menziarahi aku dalam keadaan tali kendali untanya ada pada tangannya

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله من زارني وزمام ناقته بيده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah merahmati sesiapa yang menziarahi aku dalam keadaan tali kendali untanya ada pada tangannya.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 77, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وقال ابن حجر: حديث: "رحم الله من زارني وزمام ناقته بيده" لا أصل له.

Ibn Hajar juga berkata: Hadis: "Allah merahmati sesiapa yang menziarahi aku dalam keadaan tali kendali untanya ada pada tangannya" tidak ada asal baginya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs