TEKS BAHASA ARAB
السباع حرام. يعني المفاخرة بالجماع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-Siba’ adalah haram, iaitu berbangga-bangga dengan persetubuhan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 940, hadis nombor 4837. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي سعيد – رضي الله عنه – مرفوعا: ((السباع حرام. يعني المفاخرة بالجماع)).
[حم، عق، ((الضعيفة)) (3730)].
(Munkar)
Daripada Abu Said RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Siba’ adalah haram, iaitu berbangga-bangga dengan persetubuhan.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.3730].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
CATATAN LAPORAN KESILAPAN
Dalam kitab Syeikh Mashhur, kata السباع digunakan. Namun dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir dan Musnad Ahmad, kata الشِّيَاعُ dengan huruf ش bukan huruf س yang digunakan.
الشياع حرام bukan السباع حرام.
وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الشِّيَاعُ حَرَامٌ
Dan Rasulullah ﷺ bersabda: al-Shiya’ adalah haram.
قَالَ ابْنُ لَهِيعَةَ يَعْنِي بِهِ الَّذِي يَفْتَخِرُ بِالْجِمَاعِ.
Kata Ibn Lahi’ah: Baginda maksudkan yang berbangga-bangga dengan jimak. Rujuk Musnad Ahmad, no. 11235.
-Kemaskini: 1 Syaaban 1444H
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.