TEKS BAHASA ARAB
القرآن كلام الله غير مخلوق. ومن قال: إنه مخلوق، فهو كافر بالله العظيم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-Qur’an merupakan kalam Allah dan bukannya makhluk. Dan barangsiapa yang telah berkata al-Qur’an itu makhluk nescaya dia telah jatuh kufur dengan nama Allah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 131, hadis nombor 172. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: إنه موضوع.
Ibnu Hajar al-Asqalani telah bekata: Hadis ini adalah palsu.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.