Aku tidak mempelajari surah "Qaaf. Demi al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya" melainkan ketika menjadi makmum Nabi ﷺ

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما أخذت «ق والقرآن المجيد» إلا من وراء النبي صلى الله عليه وسلم؛ كان يصلي بها الصبح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak mempelajari surah "Qaaf. Demi al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya" melainkan ketika menjadi makmum Nabi ﷺ. Baginda membacanya ketika solat subuh.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 326, hadis nombor 1719. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (الصبح)) عن أم هشام بنت حارثة بن النعمان – رضي الله عنهما – قالت: ((ما أخذت «ق والقرآن المجيد» إلا من وراء النبي صلى الله عليه وسلم؛ كان يصلي بها الصبح)). [حم، عم، ((الضعيفة)) (5622)].

(Munkar dengan sebutan "subuh") Daripada Umm Hisham bint Harithah bin al-Nu’man RA, dia telah berkata: Aku tidak mempelajari surah "Qaaf. Demi al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya" melainkan ketika menjadi makmum Nabi ﷺ. Baginda membacanya ketika solat subuh.” [Riwayat Ahmad dan Abdullah dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5622].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.