TEKS BAHASA ARAB
حديث: سمعت من فوق العرش، يقال للشيء: كن، فلا يبلغ الكاف النون إلا يكون الذي يكون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Aku mendengar dari atas arasy, dikatakan kepada sesuatu: Kun (jadilah). Sesuatu itu terjadi sebelum sempat huruf nun disebut selepas huruf kaf.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 450, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو موضوع بلا شك، كما قال في المختصر.
Ia palsu tanpa syak lagi. Seperti yang disebutkan dalam al-Mukhtasar.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.