TEKS BAHASA ARAB
سألت ربي عز وجل أن لا أزوج أحداً من أمتي ولا يتزوج إلي أحد إلا كان معي في الجنة، فأعطاني.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku memohon kepada Tuhanku ‘Azza wa Jalla agar aku tidak akan berkahwin dengan seorang pun dalam kalangan umatku dan jangan seorang pun yang akan berkahwin denganku, kecuali kalau dia akan bersamaku di syurga nanti. Maka Dia tunaikan permintaanku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1831, hadis nombor 9236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن أبي أوفى -رضي الله عنه- مرفوعا: ((سألت ربي عز وجل أن لا أزوج أحداً من أمتي ولا يتزوج إلي أحد إلا كان معي في الجنة، فأعطاني)). [طس، ابن الأعرابي، ابن عساکر، ك، ((الضعيفة)) (3040)].
(Lemah) Daripada Ibn Abu Aufa RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku memohon kepada Tuhanku ‘Azza wa Jalla agar aku tidak akan berkahwin dengan seorang pun dalam kalangan umatku dan jangan seorang pun yang akan berkahwin denganku, kecuali kalau dia akan bersamaku di syurga nanti. Maka Dia tunaikan permintaanku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn al-‘Arabi, Ibn ‘Asakir, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3040]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.