Aku melihat Tuhanku pada hari Nafar di atas seekor unta yang berwarna kelabu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رأيت ربي بمنى يوم النفر على جمل أورق عليه جبة صوف أمام الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Tuhanku pada hari Nafar di atas seekor unta yang berwarna kelabu. Di atas-Nya ada jubah yang berbulu (yang terlihat) di hadapan orang ramai.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الذيل «رَأَيْتُ رَبِّي بِمِنًى يَوْمَ النَّفْرِ عَلَى جَمَلٍ أَوْرَقَ عَلَيْهِ جُبَّةُ صوف أَمَام النَّاس» مَوْضُوع لَا أصل لَهُ.

Di dalam kitab Al-Zayl: “Aku melihat Tuhanku pada hari Nafar di atas seekor unta yang berwarna kelabu. Di atas-Nya ada jubah yang berbulu (yang terlihat) di hadapan orang ramai". Hadis ini adalah hadis yang palsu. Tiada asal sumbernya.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.