Aku melihat Tuhanku di Mina pada hari-hari Nafar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: رأيت ربي يوم النفر على جمل أروق، عليه جبة صوف، أما الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku melihat Tuhanku di Mina pada hari-hari Nafar di atas unta yang berwarna coklat padanya ada jubah yang berbulu di hadapan manusia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 86, hadis nombor 212. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، كذا في الذيل.

Ia adalah palsu Begitu disebutkan juga dalam al-Zail.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs