Aku melihat ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قد رأيت عبد الرحمن بن عوف يدخل الجنة حبوا. فبلغ ذلك عبد الرحمن بن عوف، فقال: إن استطعت لأدخلنها، قائما فجعلها بأقتابها وأحمالها في سبيل الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak. Perkara ini sampai ke pengetahuan ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf, lalu dia berkata: Sekiranya aku mampu, aku ingin masuk ke syurga dalam keadaan berdiri! Lalu dia meletakkan unta-unta dengan pelananya dan muatannya pada jalan Allah.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2068, hadis nombor 10392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب)
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: بينما عائشة في بيتها إذ سمعت صوتاً في المدينة؛ فقالت: ما هذا؟ قالوا: عِير لعبد الرحمن بن عوف قدمت من الشام؛ تحمل من كل شيء، قال: فكانت سبع مئة بعير، قال: فارتجت المدينة من الصوت، فقالت عائشة: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: قد رأيت عبد الرحمن بن عوف يدخل الجنة حَبواً. فبلغ ذلك عبد الرحمن بن عوف، فقال: إن استطعت؛ لأدخلنها قائما! فجعلها بأقتابها وأحمالها في سبيل الله – عز وجل -.
[حم، ابن الجوزي، ابن عساكر، طب، البزار، حل، ((الضعيفة)) (6590)]

(Dusta)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Ketika ‘Āishah berada di rumahnya, dia mendengar suara di Madinah. Dia berkata: Apakah itu? Mereka menjawab: Rombongan perniagaan milik ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf telah tiba dari Syam, ia membawa barangan dari serata tempat. Anas berkata: Ia adalah 700 ekor unta. Beliau berkata: Madinah gegak gempita dengan keriuhan suara tersebut. ‘Āishah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak. Perkara ini sampai ke pengetahuan ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf, lalu dia berkata: Sekiranya aku mampu, aku ingin masuk ke syurga dalam keadaan berdiri! Lalu dia meletakkan unta-unta dengan pelananya dan muatannya pada jalan Allah.
[Riwayat Imam Aḥmad dalam Musnadnya, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Damshiq, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Bazzār dalam Musnadnya dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6590]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.