Aku diutuskan sebagai nabi rahmat dan peperangan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بعثت مرحمة وملحمة، ولم أبعث تاجرا ولا زراعا، ألا وإن شرار هذه الأمة التجار والزراعون، إلا من شح على نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku diutuskan sebagai nabi rahmat dan peperangan. Aku tidak diutuskan sebagai peniaga mahupun petani. Ketahuilah, seburuk-buruk golongan umat ini adalah para peniaga dan petani, kecuali mereka yang kedekut buat dirinya sendiri (tidak berbuat jahat demi mendapatkan keuntungan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 599, hadis nombor 3092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((بعثت مرحمة وملحمة، ولم أبعث تاجرا ولا زراعا، ألا وإن شرار هذه الأمة التجار والزراعون، إلا من شح على نفسه)). [أبو الشيخ في ((الطبقات))، حل، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1571)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutuskan sebagai nabi rahmat dan peperangan. Aku tidak diutuskan sebagai peniaga mahupun petani. Ketahuilah, seburuk-buruk golongan umat ini adalah para peniaga dan petani, kecuali mereka yang kedekut buat dirinya sendiri (tidak berbuat jahat demi mendapatkan keuntungan)." [Diriwayatkan oleh Abu al-Syaikh dalam al-Tabaqat, Abu Nuaim dalam al-Hilyah dan Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1571]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.