Ajwah adalah daripada buah-buahan syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

العجوة من فاكهة الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ajwah adalah daripada buah-buahan syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1932, hadis nombor 9688. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)

عن بريدة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: العجوة من فاكهة الجنة.

[أبو نعيم في ((الطب))، عد، ((الضعيفة)) (6086)]

(Lemah)
Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ajwah adalah daripada buah-buahan syurga.
[Riwayat Abu Nuaim dalam Al-Tib dan Ibnu Adi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6086]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.