INFAQ


Kami daripada Tim Semak Hadis memerlukan Infaq daripada tuan/puan untuk melancarkan perjalanan website ini. Berikut adalah maklumat lanjut bahagian yang memerlukan sumbangan infaq dari tuan/puan. Semoga segala infaq yang diberikan tuan/puan akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah, Ameen!

Kami akan maklumkan jumlah Infaq daripada tuan/puan semua dalam masa terdekat.

1. Pembangunan Koleksi Hadis

Dari semasa ke semasa, in sha Allah, Tim semakhadis.com akan menambah koleksi hadis (lihat Senarai Impian) dan data perawi di website ini. Memandangkan pada masa ini ia dibuat secara sukarela, proses tersebut berjalan dengan perlahan.

Jadi bagi mempercepatkan proses tersebut, kami akan melantik individu yang berkemahiran melakukan tugasan tersebut.

Anggaran Kos

  • 01

    Upah Taip (RM5 x 100 halaman x 12 bulan) Setahun = RM6000

  • 02

    Upah Terjemah (RM8 x 100 halaman x 12 bulan) Setahun = RM9600

  • 03

    Upah Semakan/Suntingan (RM3 x 100 hadis x 12 bulan) Setahun = RM3600

  • 04

    Upah Masukan Data (RM2 x 100 hadis x 12 bulan) Setahun = RM2400

Tabung Terkini (Koleksi Hadis)



Kemaskini sehingga : 9 Mei 2017

RM 1,807.00
Kemaskini 22 Mei 2017:

Projek Menambah Data Kajian Hadis Dari Kitab Al-Manar Al-Munif sedang berjalan. Projek ditaja sepenuhnya oleh seorang Penaja. Moga projek ini diberkati oleh Allah.


Infaq Untuk Pembangunan Koleksi Hadis:

2. Projek Terjemahan Kitab Tanzih Al-Shari’ah

Kitab ini merupakan kitab dalam bahasa Arab yang menghimpunkan hadis-hadis yang tidak sahih (853 halaman).

Projek terjemahan ini dijangka mengambil masa 9 bulan (100 halaman/sebulan) untuk diterjemahkan dengan melantik penterjemah, editor dan update data.

Anggaran Kos keseluruhan ialah RM 13, 383.

Anggaran Kos

  • 01

    Upah Terjemah (RM8 x 853 halaman = RM6824)

  • 02

    Upah Suntingan (RM3 x 853 halaman = RM2559)

  • 03

    Upah Masukan Data (RM1 x 2000 data (anggaran bilangan hadis) = RM2000)

  • 04

    Upah Masukan Data Perawi (RM1 x 2000 data (anggaran bilangan nama perawi) = RM2000)

Tabung Terkini (Kitab Tanzih)


Kemaskini sehingga 9 Mei 2017:

RM 1,300

Kemaskini 5 Mei 2017:

1. Semakhadis.com telah melantik 3 orang penterjemah untuk terjemah 99 halaman dalam masa 1 bulan.

2. Kos Upah Terjemahan : RM8 x 99 halaman = RM792


Infaq Untuk Projek Terjemahan Kitab Tanzih:


3. Naik Taraf Laman Web

Dari semasa ke semasa, in sha Allah, semakhadis.com akan dinaiktaraf supaya ianya sentiasa mesra pengguna.

Anggaran Kos

  • 01

    Naik taraf bandwidth  sedia ada, bayaran untuk hosting dan kerja-kerja lain berkaitan bernilai RM800 setahun.

  • 02

    Naik taraf enjin carian dengan membeli plugin SearchWP bernilai USD$79. Ini diperlukan untuk memperbaiki carian hadis di website ini.

Tabung Terkini (Website)


Kemaskini : 28 April 2017

RM 1,000

SUMBANGAN INFAQ UNTUK MENAIKTARAF LAMAN WEB TELAH MENCUKUPI (DITUTUP)