TEKS BAHASA ARAB
ذراري المسلمين يوم القيامة تحت العرش شافع ومشفع، من لم يبلغ اثني عشر سنة، ومن بلغ ثلاث عشرة سنة فعليه وله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Zuriat orang Islam pada hari kiamat di bawah Arasy adalah pemberi dan penerima syafaat, bagi sesiapa yang belum mencapai umur 12 tahun. Sesiapa yang sudah mencapai umur 13 tahun maka ia mendapat syafaat dan boleh memberi syafaat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 649 – 650 , hadis nombor 3362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – رفعه: ((ذراري المسلمين يوم القيامة تحت العرش شافع ومشفع، من لم يبلغ اثني عشر سنة، ومن بلغ ثلاث عشرة سنة فعليه وله)). [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1374)]
(Palsu) Daripada Abi Umamah RA, beliau memarfu’kannya (menyandarkan kepada Nabi SAW): “Zuriat orang Islam pada hari kiamat di bawah Arasy adalah pemberi dan penerima syafaat, bagi sesiapa yang belum mencapai umur 12 tahun. Sesiapa yang sudah mencapai umur 13 tahun maka ia mendapat syafaat dan boleh memberi syafaat.” [Riwayat Abu Bakr al-Syafie dalam al-Fawaid dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1374]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.