Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Zuriat orang Islam pada hari kiamat di bawah Arasy adalah pemberi dan penerima syafaat

Teks Bahasa Arab

ذَرَارِىُّ المسلمينَ يومَ القيامةِ تحتَ العرشِ شافِعٌ ومُشَفَّعٌ ، مَن لم يَبْلُغِ اثْنَيْ عَشْرَةَ سنةً ، ومَن بلغ ثلاثَ عَشْرَةَ سنةً فعليه وله.

Teks Bahasa Melayu

Zuriat orang Islam pada hari kiamat di bawah Arasy adalah pemberi dan penerima syafaat, bagi sesiapa yang belum mencapai umur 12 tahun. Sesiapa yang sudah mencapai umur 13 tahun maka ia mendapat syafaat dan boleh memberi syafaat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 649 - 650, hadis no. 3362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - رفعه: ((ذراري المسلمين يوم القيامة تحت العرش شافع ‌ومشفع، من لم يبلغ اثني عشر سنة، ومن بلغ ثلاث عشرة سنة فعليه وله)). [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1374)]

(Palsu) Daripada Abi Umamah RA, beliau memarfu’kannya (menyandarkan kepada Nabi SAW): “Zuriat orang Islam pada hari kiamat di bawah Arasy adalah pemberi dan penerima syafaat, bagi sesiapa yang belum mencapai umur 12 tahun. Sesiapa yang sudah mencapai umur 13 tahun maka ia mendapat syafaat dan boleh memberi syafaat.” [Riwayat Abu Bakr al-Syafie dalam al-Fawaid dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1374]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.