Zuhud yang paling baik di dunia adalah mengingati mati, ibadah yang paling baik (mengingati mati)

TEKS BAHASA ARAB

أفضل الزهد في الدنيا [‌ذكر ‌الموت]، وأفضل العبادة [‌ذكر ‌الموت]، وأفضل التفكر [‌ذكر ‌الموت]، فمن أثقله ‌ذكر ‌الموت، وجد قبره روضة من رياض الجنة).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Zuhud yang paling baik di dunia adalah mengingati mati, ibadah yang paling baik (mengingati mati), tafakur yang paling baik (mengingati mati), sesiapa yang selalu mengingati mati, dia akan mendapati kuburnya adalah salah satu daripada taman-taman syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 601 – 602, hadis nombor 3111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أفضل الزهد في الدنيا [‌ذكر ‌الموت]، وأفضل العبادة [‌ذكر ‌الموت]، وأفضل التفكر [‌ذكر ‌الموت]، فمن أثقله ‌ذكر ‌الموت، وجد قبره روضة من رياض الجنة)). [فر، ((الضعيفة)) (2285)].

(Sangat lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Zuhud yang paling baik di dunia adalah mengingati mati, ibadah yang paling baik (mengingati mati), tafakur yang paling baik (mengingati mati), sesiapa yang selalu mengingati mati, dia akan mendapati kuburnya adalah salah satu daripada taman-taman syurga.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2285].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs