Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ الزهدِ في الدنيا [ذكْرُ الموتِ]، وأفضلُ العبادةِ [ذكْرُ الموتِ]، وأفضلُ التفكر [ذكْرُ الموتِ]، فَمَنْ أَثْقَلَهُ ذكْرُ الموْتِ، وجَدَ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِياضِ الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Zuhud yang paling baik di dunia adalah mengingati mati, ibadah yang paling baik (mengingati mati), tafakur yang paling baik (mengingati mati), sesiapa yang selalu mengingati mati, dia akan mendapati kuburnya adalah salah satu daripada taman-taman syurga.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 601 - 602, hadis no. 3111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أفضل الزهد في الدنيا [ذكر الموت]، وأفضل العبادة [ذكر الموت]، وأفضل التفكر [ذكر الموت]، فمن أثقله ذكر الموت، وجد قبره روضة من رياض الجنة)). [فر، ((الضعيفة)) (2285)].
(Sangat lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Zuhud yang paling baik di dunia adalah mengingati mati, ibadah yang paling baik (mengingati mati), tafakur yang paling baik (mengingati mati), sesiapa yang selalu mengingati mati, dia akan mendapati kuburnya adalah salah satu daripada taman-taman syurga.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2285].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman