Zikir pagi

TEKS BAHASA ARAB

قل كل يوم حين تصبح: لبيك اللهم! لبيك وسعديك، والخير في يديك، ومنك وإليك. اللهم! ما قلت من قول، أو نذرت من نذر، أو حلفت من حلف، فمشيئتك بين يديه، ما شئت، كان، وما لم تشأ، لم يكن، ولا حول ولا قوة إلا بك، إنك على كل شيء قدير. اللهم! ما صليت من صلاة، فعلى من صليت، وما لعنت من لعنة، فعلى من لعنت، إنك أنت وليي في الدنيا والآخرة، توفني مسلما وألحقني بالصالحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Katakanlah setiap hari apabila pagi: Aku penuhi panggilan-Mu, Ya Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, dengan penuh ketaatan, (sumber) kebaikan di tangan-Mu, daripada-Mu dan kepada-Mu. Ya Allah! Segala yang aku ucapkan, atau segala yang aku nazarkan atau segala sumpah yang aku angkat, semuanya dengan ketentuan-Mu, apa yang Engkau kehendaki, berlaku dan apa yang Engkau tidak kehendaki, tidak berlaku. Tiada daya dan upaya melainkan Engkau. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Selawatku ke atas sesiapa yang Engkau turut berselawat ke atasnya, dan laknatku ke atas sesiapa yang Engkau laknati, sesungguhnya Engkaulah pembantuku di dunia dan di akhirat. Matikanlah aku sebagai seorang Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh…(sambungan perincian hadis.)

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1590, hadis nombor 8032. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن ثابت: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم علمه دعاء، وأمره أن يتعاهد به أهله كل يوم، قال: ((قُلْ كُلَّ يَوْمٍ حِينَ تُصْبِحُ: لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ! لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ، وَمِنْكَ وَإِلَيْكَ. اللَّهُمَّ! مَا قُلْتُ مِنْ قَوْلٍ، أَوْ نَذَرْتُ مِنْ نَذْرٍ، أَوْ حَلَفْتُ مِنْ حَلِفٍ، فَمَشِيئَتُكَ بَيْنَ يَدَيْهِ، مَا شِئْتَ، كَانَ، وَمَا لَمْ تَشَأْ، لَمْ يَكُنْ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. اللَّهُمَّ! مَا صَلَّيْتُ مِنْ صَلَاةٍ، فَعَلَى مَنْ صَلَّيْتَ، وَمَا لَعَنْتُ مِنْ لَعْنَةٍ، فَعَلَى مَنْ لَعَنْتَ، إِنَّكَ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ)) الحديث بطوله. [حم، طب، الطبراني في ((الدعاء))، ابن السنى، ك، البيهقي في ((الدعوات الكبير))، ((الضعيفة)) (6733)].

(Lemah)
Daripada Zaid bin Thabit, Rasulullah SAW pernah mengajarkan kepadanya doa dan Nabi SAW memerintahkannya agar berpesan kepada ahli keluarganya supaya sentiasa beramal dengannya setiap hari. Baginda berkata: ((Katakanlah setiap hari apabila pagi: Aku penuhi panggilan-Mu, Ya Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, dengan penuh ketaatan, (sumber) kebaikan di tangan-Mu, daripada-Mu dan kepada-Mu. Ya Allah! Segala yang aku ucapkan, atau segala yang aku nazarkan atau segala sumpah yang aku angkat, semuanya dengan ketentuan-Mu, apa yang Engkau kehendaki, berlaku dan apa yang Engkau tidak kehendaki, tidak berlaku. Tiada daya dan upaya melainkan Engkau. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Selawatku ke atas sesiapa yang Engkau turut berselawat ke atasnya, dan laknatku ke atas sesiapa yang Engkau laknati, sesungguhnya Engkaulah pembantuku di dunia dan di akhirat. Matikanlah aku sebagai seorang Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh…(sambungan perincian hadis.)
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, Ahmad dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Du'a, Ibn al-Sunni, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6733].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.