TEKS BAHASA ARAB
لذكر الله بالغداة والعشي، خير من حطم السيوف في سبيل الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Zikir kepada Allah pada waktu pagi dan petang itu benar-benar lebih baik berbanding mematahkan (bertarung) pedang pada jalan Allah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1418, hadis nombor 7198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: لذكر الله بالغداة والعشي، خير من حطم السيوف في سبيل الله.
[عد، فر، ((الضعيفة)) (1431)]
(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Zikir kepada Allah pada waktu pagi dan petang itu benar-benar lebih baik berbanding mematahkan (bertarung) pedang pada jalan Allah.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1431]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.