Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَذِكْرُ اللهِ بالغداةِ والعَشِيِّ ، خيرٌ مِنْ حَطْمِ السُّيوفِ في سبيلِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Zikir kepada Allah pada waktu pagi dan petang itu benar-benar lebih baik berbanding mematahkan (bertarung) pedang pada jalan Allah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1418, hadis no. 7198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: لذكر الله بالغداة والعشي، خير من حطم السيوف في سبيل الله. [عد، فر، ((الضعيفة)) (1431)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Zikir kepada Allah pada waktu pagi dan petang itu benar-benar lebih baik berbanding mematahkan (bertarung) pedang pada jalan Allah. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1431]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman