TEKS BAHASA ARAB
الذكر نعمة من الله تعالى، فأدوا شكرها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Zikir itu adalah satu nikmat daripada Allah Ta’ala, maka tunaikanlah rasa syukur terhadapnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1432, hadis nombor 7275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن نبيط بن شريط مرفوعا: الذكر نعمة من الله تعالى، فأدوا شكرها.
[أبو نعيم في ((نسخة نبيط بن شريط))، فر، ((الضعيفة)) (2035)]
(Palsu)
Daripada Nubait bin Sharit secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Zikir itu adalah satu nikmat daripada Allah Ta’ala, maka tunaikanlah rasa syukur terhadapnya.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Nuskhah Nubait bin Sharit dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2035]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.