Ziarahlah mereka yang tidak menziarahi kamu dan berikanlah hadiah kepada mereka yang tidak memberi hadiah kepada kamu

TEKS BAHASA ARAB

عد من لا يعودك، وأهد لمن لا يهدي لك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ziarahlah mereka yang tidak menziarahi kamu dan berikanlah hadiah kepada mereka yang tidak memberi hadiah kepada kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 43, hadis nombor 169. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من الأنصار يقال له أبو ميسرة، [يقال له: قيس]، قال: أخبرت أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((عد من لا يعودك، وأهد لمن لا يهدي لك)).
[محمد بن المظفر في ((المنتقى من حديث هشام بن عمار))، يحيى بن معين في ((التاريخ والعلل))، الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (2759)، (3859)]

(Lemah) Daripada seorang lelaki daripada kalangan Ansar yang disebut sebagai Abu Maysarah [Dikatakan beliau adalah: Qays] beliau telah berkata: Aku telah diberitahukan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ziarahlah mereka yang tidak menziarahi kamu dan berikanlah hadiah kepada mereka yang tidak memberi hadiah kepada kamu.
[Riwayat Muḥammad ibn al-Muẓaffar dalam al-Muntaqā min Ḥadīth Hishām ibn ‘Ammār, Yaḥyā ibn Ma‘īn dalam al-Tārikh wa al-‘Ilal, al-Khaṭīb dalam al-Mūḍiḥ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.2759, 3859]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs