Ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan akhirat. Mandikanlah jenazah kerana merawat jasad yang kosong merupakan peringatan yang memberi kesan

TEKS BAHASA ARAB

زر القبور تذكر بها الآخرة، واغسل الموتى؛ فإن معالجة جسد خاو موعظة بليغة، وصل على الجنائز؛ لعل ذلك يحزنك؛ فإن الحزين في ظل الله يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan akhirat. Mandikanlah jenazah kerana merawat jasad yang kosong merupakan peringatan yang memberi kesan. Solatlah ke atas jenazah, mudah-mudahan ia menyedihkan kamu kerana orang sedih di bawah naungan Allah di hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1739, hadis nombor 8752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر قال: قال لي رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((زر القبور تذكر بها الآخرة، واغسل الموتى؛ فإن معالجة جسد خاو موعظة بليغة، وصل على الجنائز؛ لعل ذلك يحزنك؛ فإن الحزين في ظل الله يوم القيامة.)) [ك، هب، ((الضعيفة)) (3663)]

(Lemah)
Daripada Abu Zar RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata kepadaku : ((Ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan akhirat. Mandikanlah jenazah kerana merawat jasad yang kosong merupakan peringatan yang memberi kesan. Solatlah ke atas jenazah, mudah-mudahan ia membuat kamu sedih, kerana orang yang sedih di bawah naungan Allah pada hari kiamat.))
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3663].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs