Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
زُرِ القبورَ تذكرْ بها الآخرةَ، واغسلِ الموتى ؛ فإنَّ معالجةَ جسدٍ خاوٍ موعظةٌ بليغةٌ، وصلِّ على الجنائزِ ؛ لعل ذلك يُحزُنُكَ ؛ فإنَّ الحزينَ في ظلِّ اللهِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan akhirat. Mandikanlah jenazah kerana merawat jasad yang kosong merupakan peringatan yang memberi kesan. Solatlah ke atas jenazah, mudah-mudahan ia menyedihkan kamu kerana orang sedih di bawah naungan Allah di hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Zar
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1739, hadis no. 8752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ذر قال: قال لي رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((زر القبور تذكر بها الآخرة، واغسل الموتى؛ فإن معالجة جسد خاو موعظة بليغة، وصل على الجنائز؛ لعل ذلك يحزنك؛ فإن الحزين في ظل الله يوم القيامة.)) [ك، هب، ((الضعيفة)) (3663)]
(Lemah) Daripada Abu Zar RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata kepadaku : ((Ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan akhirat. Mandikanlah jenazah kerana merawat jasad yang kosong merupakan peringatan yang memberi kesan. Solatlah ke atas jenazah, mudah-mudahan ia membuat kamu sedih, kerana orang yang sedih di bawah naungan Allah pada hari kiamat.)) [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3663].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman