Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عودوا المرضَى، ومُروهم فليَدعوا اللهَ لَكُم، فإنَّ دعوة المريضِ مستجابةٌ وذنبَهُ مغفورٌ.
Teks Bahasa Melayu
Ziarahilah orang yang sakit dan suruhlah mereka berdoa kepada Allah untuk kamu kerana sesungguhnya doa seorang yang sakit mustajab dan dosanya diampunkan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1723, hadis no. 8665. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((عودوا المرضى، ومروهم فليدعوا الله لكم، فإن دعوة المريض مستجابة وذنبه مغفور.)) [الثقفي في ((الثقفيات))، ((الضعيفة)) (1222)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, secara marfu'- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Ziarahilah orang yang sakit dan suruhlah mereka berdoa kepada Allah untuk kamu kerana sesungguhnya doa seorang yang sakit mustajab dan dosanya diampunkan.)) [Riwayat al-Thaqafi dalam al-Thaqafiyat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.1222].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman