Ziarah tempat-tempat peristiwa penting ini dan menuju kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

الآثار عن النبي صلى الله عليه وسلم وأهل بيته في زيارة هذه المشاهد والحج إليها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Athar-athar (riwayat) daripada baginda Nabi SAW dan Ahl al-Baitnya (keluarganya) berkenaan ziarah tempat-tempat peristiwa penting ini dan menuju kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 77, hadis nombor 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: رأيت كتابا صنفه بعض أئمة الرافضة محمد بن نعمان الملقب بالشيخ المفيد سماه "الحج إلى زيارة المشاهد" ذكر فيه من الآثار عن النبي صلى الله عليه وسلم وأهل بيته في زيارة هذه المشاهد والحج إليها ما لم يذكر مثله في الحج إلى بيت الله الحرام، وعامته كذب. قال: حتى إني رأيت فيه من الكذب والبهتان أكثر مما رأيته في كثير من كتب اليهود والنصارى.
وقال: بل كل حديث / يروى في زيارة قبر النبي صلى الله عليه وسلم فضعيف أو موضوع. ولذلك كره الإمام مالك وغيره من أئمة المدينة أن يقول القائل: زرت قبر النبي صلى الله عليه وسلم.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Aku telah melihat sebuah kitab yang telah ditulis oleh sebahagian daripada kalangan para imam rafidhah (puak Syiah) yang bernama Muhammad bin Nu’man yang digelar al-Syaikh al-Mufid, yang dia judulkan: "Menuju untuk menziarahi tempat-tempat peristiwa penting". Telah dinyatakan padanya daripada athar-athar (riwayat) daripada baginda Nabi SAW dan Ahl al-Baitnya (keluarganya) berkenaan ziarah tempat-tempat peristiwa penting ini dan menuju kepadanya, yang mana tidak disebutkan (kelebihan) seumpamanya berkenaan haji (menuju) pada Baitullah al-Haram. Bahkan, sesungguhnya aku telah melihat padanya lebih banyak pendustaan dan kebohongan berbanding banyak kitab-kitab Yahudi dan Nasrani.
Ibnu Taimiyyah telah berkata: Bahkan setiap hadis yang diriwayatkan berkenaan menziarahi kubur Nabi SAW adalah dhaif ataupun palsu. Kerana itulah Imam Malik dan para imam Madinah selainnya memakruhkan untuk seseorang itu berkata: Aku telah menziarahi kubur Nabi SAW.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs