Shaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الإِمَامُ ضَامِنٌ وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ اللَّهُمَّ أَرْشِدِ الأَئِمَّةَ وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ. قال: فقال رجل: يا رسول الله! لقد تركتنا ونحن نتنافس في الأذان بعدك؟ قال:إِنَّ من بَعْدَكُمْ زَمَانًا سَفَلَتُهُمْ مُؤَذِّنُوهُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Imam itu adalah penjamin dan tukang azan pula adalah orang yang menjaga amanah. Ya Allah! Berilah petunjuk kepada para imam dan berikanlah keampunan kepada para tukang azan. Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki telah bertanya Baginda: Wahai Rasulullah! Adakah kamu meninggalkan kami dalam keadaan kami akan saling berebut untuk melaungkan azan selepas kewafatanmu? Baginda menjawab: Sesungguhnya selepas kamu ada satu zaman yang paling rendah (sedikit) para tukang azan mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Shaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1397, hadis no. 7088. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ بذكر الشطر الثاني منه) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الإمام ضامن والمؤذن مؤتمن، اللهم أرشد الأ ئمة واغفر للمؤذنين. قال: فقال رجل: يا رسول الله! لقد تركتنا ونحن نتنافس في الأذان بعدك؟ قال: إن من بعدكم زماناً سفلتهم مؤذنوهم. [البزار، أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين))، الدارقطني في ((العلل))، هق، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6806)]
(Shaz dengan menyebutkan bahagian kedua hadith) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Imam itu adalah penjamin dan tukang azan pula adalah orang yang menjaga amanah. Ya Allah! Berilah petunjuk kepada para imam dan berikanlah keampunan kepada para tukang azan. Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki telah bertanya Baginda: Wahai Rasulullah! Adakah kamu meninggalkan kami dalam keadaan kami akan saling berebut untuk melaungkan azan selepas kewafatanmu? Baginda menjawab: Sesungguhnya selepas kamu ada satu zaman yang para tukang azan mereka ialah orang yang hina dalam kalangan mereka. [Riwayat al-Bazzar, Abu al-Sheikh dalam Tabaqat al-Asbahaniyyin, al-Daraqutni dalam al-'Ilal, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6806]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman