TEKS BAHASA ARAB
الزكاة قنطرة الإسلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Zakat itu adalah jambatan islam.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 891, hadis nombor 4571. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الزكاة قنطرة الإسلام)). [ابن شاهين في ((الخامس من الأفراد))، طس، عد، القضاعي، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (5068)].
(Lemah)
Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Zakat itu adalah jambatan islam.”
[Riwayat Ibn Syahin dalam al-Khamis min al-Afrad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Qudha'i dalam Musnad Syihab dan Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5068].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.