Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الزَّكاةُ قنطرةُ الإسلامِ.
Teks Bahasa Melayu
Zakat itu adalah jambatan islam.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 891, hadis no. 4571. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الزكاة قنطرة الإسلام)). [ابن شاهين في ((الخامس من الأفراد))، طس، عد، القضاعي، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (5068)].
(Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Zakat itu adalah jambatan islam.” [Riwayat Ibn Syahin dalam al-Khamis min al-Afrad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Qudha'i dalam Musnad Syihab dan Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5068].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman