Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Zakat fitrah wajib terhadap kanak-kanak, orang dewasa, lelaki dan wanita, Yahudi atau Nasrani, hamba atau merdeka

Teks Bahasa Arab

حديث: صدقة الفطر على كل صغير وكبير ذكر وأنثى يهودي أو نصراني حر أو مملوك: نصف صاع من تمر أو صاع من شعير.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Zakat fitrah wajib terhadap kanak-kanak, orang dewasa, lelaki dan wanita, Yahudi dan Nasrani, hamba atau merdeka dengan setengah cupak tamar atau secupak gandum.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 60-61, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن ابن عباس مرفوعا وزيادة (يهودي أو نصراني) موضوعة تفرد بها سلام الطويل وهو متروك.

al-Daraqutni meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu' (yang disandarkan kepada Nabi), tambahan lafaz Yahudi atau Nasrani itu adalah palsu, Salam al-Tawil bersendirian meriwayatkannya dan dia dihukumkan sebagai matruk.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.